Thursday, 25 October 2012

Aktiviti Masa Lapang kaum Melayu

Pada masa lapang, kaum Melayu akan menghabiskan masa mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut. Aktiviti seperti berikut telah menunjukkan semangat kemasyarakat teguh mereka.



Silat

Silat merupakan salah satu daripada cabang seni masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Ianya sinonim dengan masyarakat Melayu serantau seperti di Malaysia, Indonesia, Brunei dan beberapa negara sekitarnya.
Seni pertahanan diri Melayu ini juga merupakan sejenis sukan dan juga satu bentuk tarian. Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau  di nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau dan telah wujud di rantau  ini sejak berkurun  lamanya, memaparkan gerak badan yang lancar yang bertujuan untuk menarik perhatian dan mengelirukan lawan.


Wayang Kulit
Sesuatu bangsa yang bertamadun diiktirafkan menerusi paparan kesenian yang tinggi dan dijelmakan dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas, seni muzik, seni sastera, seni filem dan seumpamanya. Secara umum seni boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang halus, elok, cantik, menusuk jiwa dan memuaskan pancaindera. Wayang kulit melayu ini lazimnya terdapat di Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu.


Wednesday, 24 October 2012

Permainan Tradisional Melayu

Permainan tradisional Melayu

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hiduo nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Namun, kebanyakan permainan tradisional sudah tidak dimainkan lagi oleh generasi muda kini dan hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Oleh itu, biarlah saya memperkenalkan permainan tradisional ini kepada anda. 


Congkak

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanak dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. 


Bola Raga

Permainan sepak raga telah dimain sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan. Rakyat biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang, sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. 


Batu Seremban

Nama asal Batu Seremban ialah Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan dua atau lebih. Objek-objek seperti gula kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.


Gasing

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.



Wau

Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke-15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.


Kercang

Kercang adalah sejenis alat permainan tradisi Melayu lama. Alat permainan ini biasanya diperbuat dari rotan yang disusun secara berlapis-lapis mengikut peringkat kesukarannya. Peringkat pertama adalah yang paling mudah diikuti peringkat kedua, ketiga dan seterusnya. Permainan ini adalah popular dikalangan orang asli dan orang Melayu yang tinggal di sekitar dan di sekeliling hutan Endau Rompin pada suatu masa dahulu. Tapi kini masyarakat Melayu telah melupainya dan hanya dimainkan sekali-sekala dikalangan orang asli apabila ada pelawat luar sebagai pertunjukan.





Pertandingan pidato

Kepada pelajar yang bakal menyertai pertandingan pidato, boleh rujuk rangkaian di bawah sebagai contoh kepada anda.


pidato 2008

pidato 2007

Punca Pelajar Ponteng Sekolah dan Cara Mengatasinya




Beberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomena ponteng sekolah di kalangan pelajar. Isu ini mula mendapat tempat di media massa apabila Pengarah Pelajaran sebuah negeri membuat kenyataan bahawa separuh daripada pelajar di sebuah sekolah ponteng pada hari Khamis dan Jumaat. Isu tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorang Timbalan Menteri Menyatakan bahawa guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca utama peningkatan peratusan pelajar yang ponteng sekolah ini ibarat makan gaji buta. Persoalannya, benarkah guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca pelajar ponteng sekolah?

Punca utama pelajar ponteng sekolah ialah kurangnya minat untuk bersekolah. Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru dan mereka bukannya ulat buku. Mereka beranggapan bahawa hadir ke sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengah hari di samping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar dari rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya, destinasi pagi mereka bukan sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video.

Di samping itu, kurangnya pemantauan ibu bapa yang seperti melepaskan batuk di tangga juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berani untuk ponteng sekolah. Sebilangan ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari nafkah tambahan bagi anak-anak mereka sehingga mereka tidak menyedari serta mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak mereka di luar rumah. Keadaan menjadi semakin rumit apabila sesetengah ibu bapa enggan datang ke sekolah untuk membincangkan masalah anak mereka. Hal ini telah menyulitkan proses untuk menangani pelajar-pelajar yang bermasalah seperti ini.

Walau bagaimanapun, perkara penting yang patut difikirkan adalah cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, semakin ramai pelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Ibu bapa perlu memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah untuk mengatasi fenomena ini. Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk, mendidik serta mengawasi anak-anak mereka kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mereka juga harus memainkan peranan dalam mengawasi kegiatan anak mereka di luar sekolah. Jika tidak, anak-anak mereka akan menjadi tidak terkawal dan bebas untuk berkeliaran di luar sekolah.

Kesimpulannya, fenomena ponteng sekolah bukanlah satu gejala yang tidak boleh ditangani. Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti gejala ini akan berkurangan ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Semua pihak khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling harus menggembleng tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini.



sumber : Karangan SPM

Latih Tubi Tatabahasa

Para pelajar yang dikasihi, cubalah latihan-latihan berikut.

Latihan Pengimbuhan

Latihan Kata Nama


Soalan Percubaan Kemahiran Hidup


Berikut ialah soalan percubaan Kemahiran Hidup Kemahiran Teknikal 


Kemahiran Hidup Kemahiran Teknikal - Percubaan PMR 2012 Negeri Sembilan

Kemahiran Hidup Kemahiran Teknikal - Percubaan 2011 Negeri Sabah


Alat Muzik Melayu

Kali ini saya akan memperkenalkan alat muzik Melayu kepada anda.


Rebana                                   Rebana Ubi


Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi.



gendang

Gendang (bahasa Jawa: Kendhang, bahasa Melayu: Gendang, bahasa Tausug/Bajau bahasa Maranao: Gandang) ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang. Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.



gong

Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.


Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.

gambus

Gambus ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal dari Yemen dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua dan ia merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia.