Thursday, 25 October 2012

Aktiviti Masa Lapang kaum Melayu

Pada masa lapang, kaum Melayu akan menghabiskan masa mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut. Aktiviti seperti berikut telah menunjukkan semangat kemasyarakat teguh mereka.



Silat

Silat merupakan salah satu daripada cabang seni masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Ianya sinonim dengan masyarakat Melayu serantau seperti di Malaysia, Indonesia, Brunei dan beberapa negara sekitarnya.
Seni pertahanan diri Melayu ini juga merupakan sejenis sukan dan juga satu bentuk tarian. Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau  di nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau dan telah wujud di rantau  ini sejak berkurun  lamanya, memaparkan gerak badan yang lancar yang bertujuan untuk menarik perhatian dan mengelirukan lawan.


Wayang Kulit
Sesuatu bangsa yang bertamadun diiktirafkan menerusi paparan kesenian yang tinggi dan dijelmakan dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas, seni muzik, seni sastera, seni filem dan seumpamanya. Secara umum seni boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang halus, elok, cantik, menusuk jiwa dan memuaskan pancaindera. Wayang kulit melayu ini lazimnya terdapat di Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu.


Wednesday, 24 October 2012

Permainan Tradisional Melayu

Permainan tradisional Melayu

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hiduo nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Namun, kebanyakan permainan tradisional sudah tidak dimainkan lagi oleh generasi muda kini dan hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Oleh itu, biarlah saya memperkenalkan permainan tradisional ini kepada anda. 


Congkak

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanak dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. 


Bola Raga

Permainan sepak raga telah dimain sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan. Rakyat biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang, sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. 


Batu Seremban

Nama asal Batu Seremban ialah Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan dua atau lebih. Objek-objek seperti gula kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.


Gasing

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.



Wau

Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke-15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.


Kercang

Kercang adalah sejenis alat permainan tradisi Melayu lama. Alat permainan ini biasanya diperbuat dari rotan yang disusun secara berlapis-lapis mengikut peringkat kesukarannya. Peringkat pertama adalah yang paling mudah diikuti peringkat kedua, ketiga dan seterusnya. Permainan ini adalah popular dikalangan orang asli dan orang Melayu yang tinggal di sekitar dan di sekeliling hutan Endau Rompin pada suatu masa dahulu. Tapi kini masyarakat Melayu telah melupainya dan hanya dimainkan sekali-sekala dikalangan orang asli apabila ada pelawat luar sebagai pertunjukan.





Pertandingan pidato

Kepada pelajar yang bakal menyertai pertandingan pidato, boleh rujuk rangkaian di bawah sebagai contoh kepada anda.


pidato 2008

pidato 2007

Punca Pelajar Ponteng Sekolah dan Cara Mengatasinya




Beberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomena ponteng sekolah di kalangan pelajar. Isu ini mula mendapat tempat di media massa apabila Pengarah Pelajaran sebuah negeri membuat kenyataan bahawa separuh daripada pelajar di sebuah sekolah ponteng pada hari Khamis dan Jumaat. Isu tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorang Timbalan Menteri Menyatakan bahawa guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca utama peningkatan peratusan pelajar yang ponteng sekolah ini ibarat makan gaji buta. Persoalannya, benarkah guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca pelajar ponteng sekolah?

Punca utama pelajar ponteng sekolah ialah kurangnya minat untuk bersekolah. Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru dan mereka bukannya ulat buku. Mereka beranggapan bahawa hadir ke sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengah hari di samping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar dari rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya, destinasi pagi mereka bukan sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video.

Di samping itu, kurangnya pemantauan ibu bapa yang seperti melepaskan batuk di tangga juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berani untuk ponteng sekolah. Sebilangan ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari nafkah tambahan bagi anak-anak mereka sehingga mereka tidak menyedari serta mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak mereka di luar rumah. Keadaan menjadi semakin rumit apabila sesetengah ibu bapa enggan datang ke sekolah untuk membincangkan masalah anak mereka. Hal ini telah menyulitkan proses untuk menangani pelajar-pelajar yang bermasalah seperti ini.

Walau bagaimanapun, perkara penting yang patut difikirkan adalah cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, semakin ramai pelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Ibu bapa perlu memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah untuk mengatasi fenomena ini. Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk, mendidik serta mengawasi anak-anak mereka kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mereka juga harus memainkan peranan dalam mengawasi kegiatan anak mereka di luar sekolah. Jika tidak, anak-anak mereka akan menjadi tidak terkawal dan bebas untuk berkeliaran di luar sekolah.

Kesimpulannya, fenomena ponteng sekolah bukanlah satu gejala yang tidak boleh ditangani. Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti gejala ini akan berkurangan ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Semua pihak khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling harus menggembleng tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini.



sumber : Karangan SPM

Latih Tubi Tatabahasa

Para pelajar yang dikasihi, cubalah latihan-latihan berikut.

Latihan Pengimbuhan

Latihan Kata Nama


Soalan Percubaan Kemahiran Hidup


Berikut ialah soalan percubaan Kemahiran Hidup Kemahiran Teknikal 


Kemahiran Hidup Kemahiran Teknikal - Percubaan PMR 2012 Negeri Sembilan

Kemahiran Hidup Kemahiran Teknikal - Percubaan 2011 Negeri Sabah


Alat Muzik Melayu

Kali ini saya akan memperkenalkan alat muzik Melayu kepada anda.


Rebana                                   Rebana Ubi


Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi.



gendang

Gendang (bahasa Jawa: Kendhang, bahasa Melayu: Gendang, bahasa Tausug/Bajau bahasa Maranao: Gandang) ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang. Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.



gong

Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.


Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.

gambus

Gambus ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal dari Yemen dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua dan ia merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia.





Senarai Kaum Bumiputra di Malaysia


Kaum Bumiputra di Semenanjung Malaysia

A. Melayu


Melayu Anak Jati

  1. Suku Melayu Johor - Orang Siam asli, Orang Laut (Orang Biduanda Kallang dan Orang Sabimba)
  2. Suku Melayu Kedah - Orang Gergasi, Orang Sakai Laut
  3. Suku Melayu Kelantan
  4. Suku Melayu Melaka - Suku Melayu Palembang, Orang Laut (Orang Selat)
  5. Suku Melayu Pahang
  6. Suku Melayu Patani
  7. Suku Melayu Perak
  8. Suku Melayu Terengganu

Melayu Anak Dagang

  1. Acheh
  2. Ambon
  3. Banjar
  4. Batak - Mandailing
  5. Bawean / Boyan
  6. Bugis
  7. Cham - Utsul
  8. Jawa
  9. Melayu (Sumatera) - Melayu Deli, Jambi, Palembang, Riau, Siak
  10. Minagkabau / Minang - Kerinci
  11. Nias
  12. Ocu / Kampar
  13. Rao / Rawa
Melayu Kacukan
  1. Peranakan Cina
  2. Jawi Peranakan / Jawi Pekan / Peranakan Kling
  3. Peranakan Arab
  4. Peranakan Turki
  5. Peranakan Parsi
  6. Samsam / Sam-sam

B. Orang Asli


Semang
  1. Bateq
  2. Jahai
  3. Kensiu
  4. Kintak
  5. Lanoh
  6. Mendriq
Senoi
  1. Che Wong
  2. jah Hut / Jah Het
  3. Mahmeri / Mah Meri
  4. Semai
  5. Semoq Beri
  6. Temiar
Melayu Proto
  1. Jakun
  2. Orang Kanaq
  3. Orang Kuala
  4. Orang Seletar
  5. Semelai
  6. Temuan

C. Serani


D. Siam


Kaum Bumiputra di Sabah

A. Suluk


B. Kadazan Dusun Murut


Bisaya

Bonggi

Bugis

Bundu

Dumpas

Gana

Garo

Idaan / Ida'an / Idahan

  1. Bagahak
  2. Idahan
  3. Sungai / Sungei / Orang Sungai
Kadayan . Kedayan (Melayu Kedayan)

Kimaragang (Dusun Kimaragang)

Kolobuan

Kuijau / Kwijau

Lingkabau

Liwaan / Liwan (Dusun Liwan)

Lobu / Lobou

Lotud (Dusun Lotud)

Lundayo / Lundayeh

Makiang

Malapi

Mangkaak

Melayu Brunei

Minokok

Murut
  1. Baukan
  2. Gana'
  3. Kalabakan
  4. Murut Beaufort
  5. Murut Keningau
  6. Okolod
  7. Paluan
  8. Serudung
  9. Sulangai / Selungai
  10. Tagal / Tagol
  11. Timugon
Ngabai

Paitan

Pingas

Rumanau

Rungus

Sinobu

Sinorupu

Sonsogon

Sukang

Tangara

Tatana (Dusun Tatana)

Tidong / Tidung

Tindal (Dusun Tobilung)

Tolinting

Tombonuo (Dusun Tambanuo)

Tuhawan

Tutung

C. Bajau


Sama' (Semporna, Kunak, Lahad Datu)

Banadan / Binadan

Banguingui

Palau

Samah (Bajau Kota Belud, Tuaran, Papar)

Sikubung

Simunul

Tabawan

Tando' Bas

Tolen

Ubian

Ungus Matata

Kagayan


Kaum Bumiputra di Sarawak

A. Dayak


Iban (Dayak Laut)
  1. Sebayau (Iban Sebuyau)
  2. Remun (Iban Remun)
  3. Balau (Iban Balau)
  4. Saribas (Iban Saribas)
  5. Iban Ulu Ai
  6. Iban Undup
  7. Iban Rajang
Bidayuh (Dayak Darat)
  1. Biatah - Padawan
  2. Bukar / Sadong - Serian
  3. Jagoi / Singai - Bau
  4. Selakau / Lara - Lundu

B. Melayu Sarawak


Brunei (Melayu Brunei)

Dayak Muslim

Melayu Sumatera


C. Melanau


Melanau Mukah

Melanau Dalat

Melanau Oya

Melanau Matu-Daro-Rejang

Melanau Ba'ie (Bintulu)

Melanau Balingian

Melanau Miri

Melanau Igan


D. Orang Ulu


Kayan

Kenyah

Kajang

Kejaman

Punan

Ukit

Penan

Lun Bawang

Lun Dayeh

Murut

Berawan

Kelabit


E. Bisaya



Pakaian Melayu dan Kaum Bumiputera


Untuk pengetahuan pelajar, berikut adalah jenis pakaian mengikut kaum Melayu dan Kaum Bumiputera di Malaysia


Baju Melayu lelaki


Baju Kurung


Baju Kadazan Dusun, Sabah


Baju Kadazan Murut, Sabah


Pakaian Kaum Suluk, Sabah


Pakaian Kaum Bidayuh, Sarawak


Pakaian Kaum Melanau, Sarawak

Pakaian Kaum Iban, Sarawak



Makanan orang Melayu

Berikut adalah jenis makanan orang Melayu


lemang


ketupat


nasi lemak


kuih lapis


kuih seri muka


dodol


bronok


satay


putu kacang


kuih tako


lontong


ayam masak merah


ayam rendang


nasi goreng kampung


Rumah-rumah tradisional orang Melayu


Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita haruslah mengenali jenis-jenis rumah tradisional Melayu di setiap negeri. 

Pengenalan
Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar. Falsafah agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan kaum perempuan dipisahkan. Faktor iklim pula menyebabkan sebahagian besar rumah Melayu tradisional bertiang atau perpanggung dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah yang dapat mengatasi kelembapan tanah. Pada peringkat awal, rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat. Bentuk rumah ini berubah mengikut arus perubahan juga mempunyai falsafah jiwa sezaman (Spirit of times)

Bumbung
  • terdiri daripada rumah bumbung tetapi selepas kedatangan penjajah ia telah berubah bentuk kepada bentuk limas atau bumbung Belanda
  • sentiasa condong untuk kesesuaian cuaca hujan panas tropika (tiada tiang rata atau leper)
  • bahan yang digunakan juga sesuai dengan cuaca dan teknologi pada masa itu
  • sepanjang tepian bumbung selalu dipasang cucur atap atau papan cantik berukir menandakan kehalusan seni masyarakat Melayu. 
Anjung
  • ruang ini biasanya digunakan oleh kaum lelaki untuk menjalankan kerja rumah seperti menganyam pukat, jaring dan sebagainya
  • tempat berehat dan perbincangan bagi kaum lelaki
Rumah ibu
  • salah sebuah ruang dalam reka bentuk rumah Melayu yang utama
  • bersempena menghormati peranan ibu sebagai mengelola rumah dan penyeri keluarga
  • sebagai tempat ahli-ahli keluarga beristirehat dan bersantai bersama
Bilik tidur
  • ruang rahsia tuan rumah dan ahli keluarga
  • anak lelaki dan anak perempuan dipisahkan bilik
  • didirikan berdekatan rumah ibu dan dapur bagi menyenangkan aktiviti harian
  • tidak menerima tetamu asing
Dapur
  • dibatasi dengan dinding untuk membezakan antara rumah ibu dengan rumah dapur
  • sebagai tempat kaum perempuan atau tempat khas untuk tetamu perempuan
  • tempat khas untuk keluarga berkumpul
  • orang luar tidak dibenarkan masuk sesuka hati ke ruang dapur
  • tempat ibu bapa menyampai nasihat dan sebagainya






Rumah tradisional Melayu negeri Johor


Rumah tradisional Melayu Negeri Sembilan


Rumah tradisional Melayu negeri Sabah


Rumah tradisional Melayu negeri Kedah


Rumah tradisional Melayu negeri Terengganu


Rumah tradisional Melayu negeri Pahang


Rumah tradisional Melayu negeri Melaka



Rumah tradisional Melayu negeri Kelantan

Di Negeri Kelantan, terdapat 2 jenis rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Bujang dan Rumah Tiang 12. Rumah jenis ini mengandungi 12 tiang utama pada rumah ibu, tiang serambi dan 6 tiang panjang. Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang dengan tabir layar. Pada pinggir tabir layarnya terdapat papan pemeleh atau tumpu kasau iaitu sepasang pemeleh ibu dan sepasang pemeleh serambi. 
Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unti bangunan iaitu bangunan rumah ibu yang mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan rumah dapur. Bangunan tengah dan rumah dapur berbilik atau bersekat. 

Lisan


I had assigned my Senior 2 student to come out a short video in Malay. Below video is one of the group with the topic of 'Fortune-Telling'. 

Pelajar daripada kelas Senior 2 telah diagihkan satu tugasan untuk merakam video pendek yang berbahasa Melayu. Rakaman video di bawah adalah daripada salah satu kumpulan yang bertajuk 'Nujum'. 



The advantage of this assignment:

  • student have opportunity to speak in Malay
  • to foster the practise of cooperation with each other
  • to expose the usage of e-learning

Kebaikan tugasan:

  • pelajar diberi peluang untuk bertutur dalam bahasa Melayu
  • memupuk amalan bekerjasama antara pelajar 
  • mendedahkan penggunaan pembelajaran elektronik kepada pelajar