Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita haruslah mengenali jenis-jenis rumah tradisional Melayu di setiap negeri.
Pengenalan
Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar. Falsafah agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan kaum perempuan dipisahkan. Faktor iklim pula menyebabkan sebahagian besar rumah Melayu tradisional bertiang atau perpanggung dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah yang dapat mengatasi kelembapan tanah. Pada peringkat awal, rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat. Bentuk rumah ini berubah mengikut arus perubahan juga mempunyai falsafah jiwa sezaman (Spirit of times)
Bumbung
- terdiri daripada rumah bumbung tetapi selepas kedatangan penjajah ia telah berubah bentuk kepada bentuk limas atau bumbung Belanda
- sentiasa condong untuk kesesuaian cuaca hujan panas tropika (tiada tiang rata atau leper)
- bahan yang digunakan juga sesuai dengan cuaca dan teknologi pada masa itu
- sepanjang tepian bumbung selalu dipasang cucur atap atau papan cantik berukir menandakan kehalusan seni masyarakat Melayu.
Anjung
- ruang ini biasanya digunakan oleh kaum lelaki untuk menjalankan kerja rumah seperti menganyam pukat, jaring dan sebagainya
- tempat berehat dan perbincangan bagi kaum lelaki
Rumah ibu
- salah sebuah ruang dalam reka bentuk rumah Melayu yang utama
- bersempena menghormati peranan ibu sebagai mengelola rumah dan penyeri keluarga
- sebagai tempat ahli-ahli keluarga beristirehat dan bersantai bersama
Bilik tidur
- ruang rahsia tuan rumah dan ahli keluarga
- anak lelaki dan anak perempuan dipisahkan bilik
- didirikan berdekatan rumah ibu dan dapur bagi menyenangkan aktiviti harian
- tidak menerima tetamu asing
Dapur
- dibatasi dengan dinding untuk membezakan antara rumah ibu dengan rumah dapur
- sebagai tempat kaum perempuan atau tempat khas untuk tetamu perempuan
- tempat khas untuk keluarga berkumpul
- orang luar tidak dibenarkan masuk sesuka hati ke ruang dapur
- tempat ibu bapa menyampai nasihat dan sebagainya
Rumah tradisional Melayu negeri Johor
Rumah tradisional Melayu Negeri Sembilan
Rumah tradisional Melayu negeri Sabah
Rumah tradisional Melayu negeri Kedah
Rumah tradisional Melayu negeri Terengganu
Rumah tradisional Melayu negeri Pahang
Rumah tradisional Melayu negeri Melaka
Rumah tradisional Melayu negeri Kelantan
Di Negeri Kelantan, terdapat 2 jenis rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Bujang dan Rumah Tiang 12. Rumah jenis ini mengandungi 12 tiang utama pada rumah ibu, tiang serambi dan 6 tiang panjang. Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang dengan tabir layar. Pada pinggir tabir layarnya terdapat papan pemeleh atau tumpu kasau iaitu sepasang pemeleh ibu dan sepasang pemeleh serambi.
Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unti bangunan iaitu bangunan rumah ibu yang mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan rumah dapur. Bangunan tengah dan rumah dapur berbilik atau bersekat.

No comments:
Post a Comment