Permainan tradisional Melayu
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hiduo nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Namun, kebanyakan permainan tradisional sudah tidak dimainkan lagi oleh generasi muda kini dan hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Oleh itu, biarlah saya memperkenalkan permainan tradisional ini kepada anda.
Congkak
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanak dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.
Bola Raga
Permainan sepak raga telah dimain sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan. Rakyat biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang, sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw.
Batu Seremban
Nama asal Batu Seremban ialah Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan dua atau lebih. Objek-objek seperti gula kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Gasing
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Wau
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke-15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Kercang
Kercang adalah sejenis alat permainan tradisi Melayu lama. Alat permainan ini biasanya diperbuat dari rotan yang disusun secara berlapis-lapis mengikut peringkat kesukarannya. Peringkat pertama adalah yang paling mudah diikuti peringkat kedua, ketiga dan seterusnya. Permainan ini adalah popular dikalangan orang asli dan orang Melayu yang tinggal di sekitar dan di sekeliling hutan Endau Rompin pada suatu masa dahulu. Tapi kini masyarakat Melayu telah melupainya dan hanya dimainkan sekali-sekala dikalangan orang asli apabila ada pelawat luar sebagai pertunjukan.
Texas Holdem Poker, Texas Holdem, Texas Holdem | TITIAN ATS
ReplyDeleteTexas Holdem poker is one titanium band ring of black titanium rings the most played games at a casino! Texas Holdem Poker is a 6-card variant of Texas Hold'em Poker, which 2016 ford focus titanium consists titanium pickaxe terraria of a total titanium nose hoop